"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"

Mar 20, 2013

Warkah Buat Calon Imamku...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

Calon suamiku..

Tangan ini mula merungkap kata2 yang tidak dapat kuluahkan sebelum ini..
Entah di mana dirimu sekarang
Sedang aku menantimu disini untuk melengkapkan semula sebahagian dirimu yg hilang..

Calon suamiku..

Maafkanlah andai diriku tidak secantik Balqis
Tidak sesetia saidatina Aishah..
Tidak cukup solehaku seteguh rabiatul Adawiyah..
Jika kecantikan yang engkau cari,
hanya kehampaan yang dapat kuberi...
Sungguh..
Bukanlah harta ataupun rupa menjadi ukuran..
Biarlah agama, yang menjadi tali ikatan antara kita..


Maka aku sedang mempersiapkan diri
Agar menjadi suri hatimu yang soleha..
namun calon suamiku..,
Aku berharap agar engkau bersedia menerimaku
dan membimbingku...
Kerana engkau tahu, "akal wanita senipis bilahan rambut"..
Dan aku berharap engkau akan sentiasa di sisi menemaniku memperkukuhkan imanku..


Kerana aku takut,
Sekiranya hatiku ini penuh dgn dosa,
Lalu aku dicampakkan ke neraka kelak atas khilafku,
Dan meninggalkanmu seorang diri di syurga yang abadi..
Bimbinglah aku agar aku dapat menemanimu
Dan menjadi satu2nya bidadari yang mendampingimu di akhirat sana..

Calon suamiku yang dirahmati..

Tika pertemuan kita yang pertama nanti..
Moga engkau bersedia menerima hakikat
Bahawa akulah tulang rusukmu yang hilang..
Moga engkau bersedia menerimaku sbg amanahmu
yang tuhan ciptakan khas untukmu para kaum Adam..

Seandainya namaku telah tertulis di luh mahfuz untuk dirimu,
Aku berharap engkau menjemputku sebagai mujahid setia,
Yang utuh imannya
Kerana aku memerlukanmu untuk membentukku kelak..
Agar aku menjadi permaisuri hatimu yang solehah..
Yang mampu membanggakanmu kerana memiliki diriku suatu hari nanti..

Wahai bakal teman hidupku,

Dalam solatku,
Saban hari aku sampaikan doaku untukmu,
Agar nafsumu dipelihara Allah.. supaya engkau tidak menyentuh yang haram bagimu..
Agar engkau tidak mencurahkan rasa kasihmu kepada wanita lain
Selain aku di hatimu..

Namun, jika engkau mencintai Allah dan Rasullullah melebihi diriku,
Aku relakan dgn sepenuh hati..
Kerana itulah yang aku harapkan daripadamu
Mencintai Pencipta, yang telah melakar namaku dan namamu di Luh MahfuzNya
sehingga kita disatukan
dengan ikatan yang sah..

Semoga Allah melindungimu dan memudahkan jalanmu
Untuk menjemputku sebagai bidadarimu
Kerana aku bersedia menyambut kehadiranmu sebagai penyeri hidupku..
semoga aku mampu persembahkan diriku
Sebagai wanita solehah di matamu
Meski aku tahu, aku bukanlah hambaNya yang terbaik..
Tetapi.. biarlah aku menjad satu2nya permata yang terbaik di sisimu
Menjadi permata yang engkau cari selama ini..

Calon suamiku..

Aku sudahi dulu warkah ini.. Semoga hidup kita diberkati
Salam sayang,
Bakal isterimu...

Sep 25, 2012

Muhasabah Diri

Assalamualaikum..Salam Bulan Zulkaedah wahai akhawan dan ukhti yang disayangi..Alhamdulilah,kita masih dipanjangkan umur sehingga saat ini dalam bulan yang semestinya bulan permulaan bagi ibadah haji iaitu Zulkaedah..Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan.Oleh itu,dalam bulan ini marilah kita sama2 bermuhasabah diri dengan tidak terlalu bercakap-cakap kosong dan melalaikan seperti pepatah ini:

  1. Sesiapa yang banyak bercakap nescaya banyak berbohong
  2. Sesiapa yang banyak berbohong nescaya kurang malunya
  3. Sesiapa yang kurang malunya nescaya kurang wara’nya
  4. Sesiapa yang kurang wara’nya nescaya hatinya mati

Apabila hati telah menjadi mati, seseorang manusia itu akan sukar untuk menerima hidayah atau petunjuk dari Allah. Tanpa hidayah, hidupnya akan sentiasa berkata-kata dan membuat  sebarang dosa menurut hasutan iblis lalu terjadilah penderhakaan terhadap ALLAH..Waallahua'lam..

May 3, 2012

Assalamualaikum & Selamat Pagi.. Salam Ceria, Salam Kasih Sayang..
Mulakan pagi anda dgn aura positif.. positif minda, positif tingkah laku.. :)

Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: (1)Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. (2)Syukur perhiasan kepada nikmat. (3)Sabar perhiasan kepada bala. (4)Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. (5)Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. (6)Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap. (7)Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. (8)Khusyuk perhiasan kepada sembahyang. ~Sayidina Abu Bakar

Apr 9, 2012

Tentang Diriku

 dilahirkan di negeri Kedah,satu negeri yang penuh dengan jelapang padi.Pada masa post ni,ana masih berumur 19 tahun..insyaAllah,bulan 9 nanti Genap 20 tahun aku hidup di bumi Allah ini..Sekarang masih menuntut di salah satu universiti di Malaysia ini..he3.. ana lebih suka menulis perihal wanita dan agama khususnya.insyaAllah,pada masa akan datang ana akan menulis tentang pelbagai aspek dalam kehidupan kita..dah la eh,untuk setakat ni..wsalam..

Bersama Sahabat - sahabat dalam aktiviti baru2 ni..










Mar 31, 2012

~Bila Hilangnya Sifat Malu~

Zaman sekarang telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlak dan tersebarnya kemaksiatan.  Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain.  Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.

Malu adalah sebahagian daripada iman.  Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.  Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis.

Pentingnya memiliki sifat malu.  Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang.  Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat.  Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya.  Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar.  Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya.  Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”(HR Bukhari)

Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput.  Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang.  Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.

“Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati.  Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan.  Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang.  Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.

Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu.  Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal.  Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua.  Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata:  “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:  Rasulullah saw. bersabda:  “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Muslim)
Selain itu,Nabi saw. juga pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Shahih Muslim)

Muslimin-muslimat sekalian,
Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri.  Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.  Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.  Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu.  Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu.  Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu.  Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu.  Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu.  Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu.  Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu.  Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.  Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu.  Dan macam-macam lagi.

Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela.  Sebab itu sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara.  Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu.  “Just Do It” antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat.  Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi.  Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu.  Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan.  Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu.  Sifat ini wajar kita contohi.

Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”.  Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu.  Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia.  Kerana ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.

Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.  Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.  Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut.  Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.

Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.

Mar 8, 2011

Bekalan buat hati ini..

Ya Tuhanku,aku memujiMu dengan dengan segala pujian 
yang tidak layak bagi selainMu menerimanya
Wahai Tuhanku
hanya Engkaulah tempat bergantung semua makhluk ....





  • Sesungguhnya nikmat besar yang dijaga adalah ketika kebaikan itu memenuhi jiwa dan membahagiakan hati....
  • Hidup adalah indah bagi orang beriman.Akhirat dicintai oleh orang yang bertakwa.Merekalah orang yang berbahagia..
  • Kebahagian bukanlah sejenis silap mata.Jika seperti itu,kebahagian tidak lagi bermakna..
  • Agar menjadi seorang wanita yang cantik,berfikirlah yang positif...
  • Tersenyumlah,jika engkau ingin orang lain tersenyum kepadamu....
Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahannya..

Bagi tiap-tiap keadaan pasti ada kesannya
dan adakalanya perkara yang tidak engkau sukai
akan memperlihatkan kepadamu perkara yang kau sukai kesudahannya


Mustafa Mahmud pernah berkata;"Aku merasa bahagia kerana aku adalah seorang yang sederhana.Penampilanku sederhana,kesihatanku seimbang dan kehidupanku sederhana.Tetapi,perkara ini bermakna bagiku,di mana aku terus didorong dan dorongan itu adalah kehidupan.Dorongan sejati dalam diri kita adalah kebebasan hidup yang hakiki.Itulah modal utama yang menciptakan dan meluruskan kebahagian kita..


ALAT PENGHANTAR KEBAHAGIAAN  YANG CEPAT KE HATI ORANG LAIN ADALAH SENYUMAN TULUS DARI HATI....