"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"

Feb 9, 2011

Doaku untuk Kekasih

                                                  
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya:

     Sesungguhnya Rasullullah s.a.w bersabda:Barang siapa berbuat baik 

    kepada kedua-dua orang tuanya maka beruntunglah ia dan Allah akan 

     menambah usianya.-Hadis Riwayat Bukhari....








Segalanya di sini......

Maafkanlah kesalahanku
nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu
dan janganlah engkau bicara
saat kemarahanku sedang memuncak
Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku
seperti engkau memukul rebana
kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
bagaimana sikap orang yang tidak dapat mengawal diri
Jangan engkau banyak mengeluh
kerana ia akan mengikis cinta
dan hati ini akan berubah menolakmu 
kerana tabiat hati itu tidak tetap
Sesungguhnya kulihat cinta dalam had ini
bila berpadu dengan rasa benci
dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang..

Feb 8, 2011

Lets we think a minutes..







Add caption
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit".

Huraian:
1.Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu setiap Muslim
2.Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra,harmoni dan tenang dalam kehidupan.Oleh itu islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat
3.Antara tumpuan(bentuk)kasih sayang itu adalah:
  i.Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan sopan.
  ii.Melalui sentuhan yang lemah lembut.
  iii.Melalui pujukan,pujian,penghargaan dan senyuman.
4.Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka.Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

Wanita




"Bukan emas pertama yang mempercantikkan anda,melainkan yang mempercantikkan anda 
adalah akhlak  anda dan kekayaan anda adalah etika anda."








 TERSENYUMLAH UNTUK HIDUP!
Jadikanlah gubuk istana,
Rancanglah kediaman dari rumahmu yang dari tanah
bukan dari istanamu yang dari gading............


 Manakala engkau tersenyum sedangkan hatimu penuh dengan duka nestapa,maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan.Jangan ragu-ragu untuk tersenyum,kerana di dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan senyuman.Jangan menekan kekuatan itu,kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan.Tersenyum tidak akan membahayakanmu.Bicaralah dengan orang sekitarmu dengan bahasa qalbu.Alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dalam bahasa senyum.
Wahai wanita...
Stephen Gazzel mengatakan:"Senyuman adalah suatu keharusan dalam masyarakat".Ada benarnya apa yang telah dikatakannya itu,kerana bila anda ingin brgaul dengan orang lain,anda harus bersikap baik dengan mereka.Anda harus menyedari bahawa kehidupan bersosial menuntut anda untuk pandai membawa diri dan menyesuaikannya dengan keadaan.Di antara kepandaian itu ialah murah dengan senyuman,kerana semua orang pasti senang dengan senyuman.
Ketika engkau tersenyum di hadapan orang lain,maka engkau sedang memberikan kepada mereka kehidupan yang indah,optimis dan khabar gembira yang mereka harapkan.Namun,ketika anda menemui orang lain dengan wajah kusut dan garang,maka sesungguhnya anda telah menyiksanya dengan perkara itu serta mengeruhkan suasana indah dan jernih dari kehiduapan mereka.Jadi kenapa anda rela menjadi penyebab kesengsaraan orang lain?....... 







ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT


Ketika  bertanya seseorang
kepada Rasulullah tentang perbandingan
antara dunia dan akhirat
lalu menjawablah Nabi:
adapun segala keseronokan di dunia ini
tidak lain adalah kesenangan
bagi orang-orang yang
terpedaya sebab jika dibandingkan dengan kenikmatan
yang terdapat di dalam syurga 
maka dunia adalah tidak lebih
seperti seketul bingkai
yang ditarik atau direbuti 
oleh beberapa ekor anjing.

Sewaktu bertanya lagi seseorang
kepada Rasulullah tentang perbandingan
antara dunia dengan akhirat
maka menjawab pula Nabi:
celuplah jarimu ke air laut
maka air yang menitis 
dari hujung jarimu itulah dunia
manakala air yang selebihnya 
tertinggal di segara lautan
itulah akhirat..