.::. Mutiara Hadith Berkaitan Wanita.::.
- Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding
lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu."-Hadis riwayat
Baihaqi.
- Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka
masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
-Riwayat Al Bazzar.
- Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32.
- Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat
dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak
akan mencium baunya.- Riwayat Bukhari dan Muslim.
- Wahai
anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga
mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.-Riwayat Bukhari
dan Muslim.
- Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah- Riwayat Bukhari dan Muslim.
- Menurut
Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu
kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi
Fathil Bari.
- Siapa
sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan
tiap-tiap mata ada zina. (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
- Asma
Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid
tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan
wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.
- Kahwinilah
perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu
kerana ramainya ummah. (Riwayat Abu Daud dan Nasa'i).
- Orang
mukmim yang sempurna imamnya adalah yang terbaik budi pekertinya dan lemah
lembut kepada keluarganya dan sebaik baik kawan, ialah yang baik kepada
isterinya -Riwayat Al-Termizi
- Dunia
ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.(HR.
Muslim)
- Rasulullah
SAW bersabda: “Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana
hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat,
kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti
engkau akan beruntung.”(HR. Bukhari Muslim)
- Rasulullah
SAW bersabda:"Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah
menunaikan kewajipannnya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya
terhadap suaminya seluruhnya. Dan jika suaminya memerlukannnya, sedangkan pada
waktu itu dia sedang berada di atas kenderaaan, maka tidak boleh dia
menolaknya."(HR. Thabrani)
- Sesungguhnya
apabila seorang suami memandang isterinya, dan isterinya membalas pandangan
tersebut dengan penuh kasih dan cinta, maka Allah memandang mereka dengan
pandangan kasih mesra, dan jika si suami membelai tangan isterinya, maka dosa
mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka.”-Hadis Riwayat
Maisyarah
- Rasulullah SAW bersabda:
“Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah aku mendapatkan atau
merasakan kebaikan darimu, maka bererti telah gugur amalnya.” -Hadis Riwayat
Ibn Ady dan As-Syakir
- Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda: jika isteri berkata kepada suaminya:
talaklah aku/ ceraikan aku! Maka nanti di hari kiamat ia tidak berdaging,
lidahnya keluar melalui tengkuknya dan akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam
walaupun ia puasa disiang hari dan solat malam." (Hadis dari Abu Bakar
Shiddiq)
- Setiap
isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat
dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga" -Hadis Riwayat Abu Daud &
Al-Tirmizi
- Seorang
perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “
Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah
kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “
Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila
mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum
terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada
manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR.
Al-Hakim)
- Rasulullah
SAW bersabda: “Seorang perempuan datang menghadap kepada Rasulullah SAW, ia
bertanya: “Ya Rasulullah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk
menghadap tuan. Ada jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka
menang, mereka akan mendapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka tetap hidup
di sisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. Sedangkan kami kaum wanita,
kamilah yang memelihara mereka, kami akan memperolehi apa? Rasulullah SAW
menjawab: Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai; bahawasanya,
taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi
sedikit sekali di antara golonganmu yang melakukannya.”(Hadis dari Ibn Abbas)
- Rasulullah
SAW bersabda: “ Isteri manapun yang mengeraskan suara melebihi suara suaminya,
maka dia akan mendapat laknat dari segala sesuatu yang disinari
matahari.”(Hadis dari Umar bin Khattab)
- Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila wanita yang meratap tangis tidak bertaubat sebelum ia meninggal, maka
dia akan dibangkitkan pada hari kiamat, dan ditubuhnya dikenakan pakaian jubah
yang penuh dengan penyakit kubis.”(HR. Muslim)
- Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya
dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun
yang dikehendakinya.”(HR. Ibn Hibban)
- Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah,
sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan
mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat,
letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi,
betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila
anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu
mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana
anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
sahaya kerana Allah.”(HR. Ibn Hibban)
- Tiada seorang perempuan
pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya dengan Allah.- Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn
Majah.
- Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian
kehinaan di hari akhirat nanti.-Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn
Majah.
- Sabda SAW,
"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan
yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat
Ibn Majah.
No comments:
Post a Comment