Assalamualaikum..Salam Bulan Zulkaedah wahai akhawan dan ukhti yang disayangi..Alhamdulilah,kita masih dipanjangkan umur sehingga saat ini dalam bulan yang semestinya bulan permulaan bagi ibadah haji iaitu Zulkaedah..Bulan
Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram.
Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan.
Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian
dan kemaafan.Oleh itu,dalam bulan ini marilah kita sama2 bermuhasabah diri dengan tidak terlalu bercakap-cakap kosong dan melalaikan seperti pepatah ini:
- Sesiapa yang banyak bercakap nescaya banyak berbohong
- Sesiapa yang banyak berbohong nescaya kurang malunya
- Sesiapa yang kurang malunya nescaya kurang wara’nya
- Sesiapa yang kurang wara’nya nescaya hatinya mati
Apabila hati telah menjadi mati, seseorang manusia itu akan sukar
untuk menerima hidayah atau petunjuk dari Allah. Tanpa hidayah, hidupnya
akan sentiasa berkata-kata dan membuat sebarang dosa menurut hasutan
iblis lalu terjadilah penderhakaan terhadap ALLAH..Waallahua'lam..