May 3, 2012
Apr 9, 2012
Tentang Diriku
dilahirkan di negeri Kedah,satu negeri yang penuh dengan jelapang padi.Pada masa post ni,ana masih berumur 19 tahun..insyaAllah,bulan 9 nanti Genap 20 tahun aku hidup di bumi Allah ini..Sekarang masih menuntut di salah satu universiti di Malaysia ini..he3.. ana lebih suka menulis perihal wanita dan agama khususnya.insyaAllah,pada masa akan datang ana akan menulis tentang pelbagai aspek dalam kehidupan kita..dah la eh,untuk setakat ni..wsalam..
Bersama Sahabat - sahabat dalam aktiviti baru2 ni..
Bersama Sahabat - sahabat dalam aktiviti baru2 ni..
Mar 31, 2012
~Bila Hilangnya Sifat Malu~
Zaman sekarang telah menampakkan kita akan banyak
kepincangan perilaku, merosotnya akhlak dan tersebarnya kemaksiatan.
Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain.
Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh
telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.
Malu adalah sebahagian daripada iman.
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi
sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat
pemalu.Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam
lebih malu sifatnya dari seorang gadis.
Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana
dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan
mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu
untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu
untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk
cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku
buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang
masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah:
‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”(HR Bukhari)
Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi
terakhir, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah
luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga
sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di
dalam agama.
“Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” bukanlah
kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia
bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk
berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah
ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang.
Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.
Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang
Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau
menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal.
Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu
dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi
wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada
sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”
Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Muslim)
Selain itu,Nabi saw. juga pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Shahih Muslim)
Muslimin-muslimat sekalian,
Antara
faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu
dari dalam diri. Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar
terhadap ibubapa akibat lunturnya malu. Pelajar mula tidak hormat
kepada gurunya apabila sudah hilang malu. Lelaki mula melangkah ke
tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu. Perempuan mula tidak
sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu. Si gadis mula mempamerkan
diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu. Pasangan bercinta mula
berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu. Orang ramai mula
meminta-minta jawatan apabila cairnya malu. Pengguna jalan raya mula
melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang
rasa malu. Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti
artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu. Pemimpin mula
menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut
keuntungan apabila pudarnya malu. Pemerintah mula melakukan kezaliman,
juga akibat dari hilangnya rasa malu. Dan macam-macam lagi.
Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit
demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan
dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu sifat malu penting untuk
seseorang jaga dan pelihara. Jangan terpengaruh dengan sistem
pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. “Just Do It” antara
kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada
kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia
perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang
diajar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.
Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk
memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang
haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. Malah, wanita-wanita
ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi
diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak
malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.
Malah dalam pepatah Melayu juga ada
mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa
dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu
untuk bertanya dan menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan
kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH
subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat
kebaikan.
Letaklah rasa malu di tempat yang
sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu,
menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan
pula malu menghalangi diri kita. Namun, sifat malu tidak boleh juga
dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini
kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas,
walaupun dalam hal membuat kebaikan.
Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.
Mar 8, 2011
Bekalan buat hati ini..
Ya Tuhanku,aku memujiMu dengan dengan segala pujian
yang tidak layak bagi selainMu menerimanya
Wahai Tuhanku
hanya Engkaulah tempat bergantung semua makhluk ....
- Sesungguhnya nikmat besar yang dijaga adalah ketika kebaikan itu memenuhi jiwa dan membahagiakan hati....
- Hidup adalah indah bagi orang beriman.Akhirat dicintai oleh orang yang bertakwa.Merekalah orang yang berbahagia..
- Kebahagian bukanlah sejenis silap mata.Jika seperti itu,kebahagian tidak lagi bermakna..
- Agar menjadi seorang wanita yang cantik,berfikirlah yang positif...
- Tersenyumlah,jika engkau ingin orang lain tersenyum kepadamu....
Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahannya..
Mustafa Mahmud pernah berkata;"Aku merasa bahagia kerana aku adalah seorang yang sederhana.Penampilanku sederhana,kesihatanku seimbang dan kehidupanku sederhana.Tetapi,perkara ini bermakna bagiku,di mana aku terus didorong dan dorongan itu adalah kehidupan.Dorongan sejati dalam diri kita adalah kebebasan hidup yang hakiki.Itulah modal utama yang menciptakan dan meluruskan kebahagian kita..
ALAT PENGHANTAR KEBAHAGIAAN YANG CEPAT KE HATI ORANG LAIN ADALAH SENYUMAN TULUS DARI HATI....
Bagi tiap-tiap keadaan pasti ada kesannya
dan adakalanya perkara yang tidak engkau sukai
akan memperlihatkan kepadamu perkara yang kau sukai kesudahannya
Mustafa Mahmud pernah berkata;"Aku merasa bahagia kerana aku adalah seorang yang sederhana.Penampilanku sederhana,kesihatanku seimbang dan kehidupanku sederhana.Tetapi,perkara ini bermakna bagiku,di mana aku terus didorong dan dorongan itu adalah kehidupan.Dorongan sejati dalam diri kita adalah kebebasan hidup yang hakiki.Itulah modal utama yang menciptakan dan meluruskan kebahagian kita..
ALAT PENGHANTAR KEBAHAGIAAN YANG CEPAT KE HATI ORANG LAIN ADALAH SENYUMAN TULUS DARI HATI....
Feb 9, 2011
Doaku untuk Kekasih
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya:
Sesungguhnya Rasullullah s.a.w bersabda:Barang siapa berbuat baik
kepada kedua-dua orang tuanya maka beruntunglah ia dan Allah akan
menambah usianya.-Hadis Riwayat Bukhari....
Segalanya di sini......
Maafkanlah kesalahanku
nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu
dan janganlah engkau bicara
saat kemarahanku sedang memuncak
Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku
seperti engkau memukul rebana
kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
bagaimana sikap orang yang tidak dapat mengawal diri
Jangan engkau banyak mengeluh
kerana ia akan mengikis cinta
dan hati ini akan berubah menolakmu
kerana tabiat hati itu tidak tetap
Sesungguhnya kulihat cinta dalam had ini
bila berpadu dengan rasa benci
dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang..
Feb 8, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)